Thursday, February 4, 2010

a new place a new beginning...

be at the new place.. finally i'm out from KL... my life was frustrating when i was at KL... rasanya tak sanggup lg nak ke sana.. kalau untuk bercuti insya allah kalau untuk posting... mahu mama fikir 100 kali... tapi tak tahukan kalau dah rezeki bapak kat sana lagi ker...

bila sampai di taiping,mama dah tekad nk mulakan hidup n azam baru. mama nk berikan yang terbaik buat anak2. insya allah.. anak mama adalah segala-galanya. sekarang ni aidil dah masuk prasekolah kat SK Taiping dekat dgn sekolah mama. nazhim n aizhim belajar kat taska ibu besar kt taman jana mulia. alhamdulillah. anak2 mama dah mula pandai baca muqaddam... dah pandai baca doa selain doa makan. dah elok sikit perangai... ada lah berdisplin skit. hehehe...

kat sekolah mama.. .sekarang ni dah terlampau byk kerja.. kadang2 terasa tak ada masa sgt nk bermain dgn anak2. tp berbeza sangat dgn life kt KL dulu. jup nk cerita pasal sekolah mama dulu. kalau kt SK taman Kepong mama ajar LD. skrg kt sini mama terkejut gak la bila dapat tahu mengajar kanak2 pekak.. tp jangan salah sangka mereka ni lagi pandai dari yg normal. Bila bersama mereka, mama sedar Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui. walaupun mereka ni kurang dari segi pendengaran tp mereka cerdik dari segi akal fikiran. mereka juga mewah dgn kasih sayang dari keluarga dan guru. dengan mereka mama rasa diri mama lg kerdil dan kurang. tapi mengajar english mmg cabaran besar. mereka dah biasa guna bhs isyarat dlm bahasa melayu. sedangkan dlm english mmg ada lain lah sikit. jenuh dok explain kt depa nih... penat dha tangan dok turun naik nk tunjuk kt mereka nih... masa mula2 mengajar memang akward sgt sbb mama tak ada basic dlm sign language. berkat tunjuk ajar dari cikgu2 ni lama2 mama dah boleh buat.. skrg ni mama dah mula bole sikitt2 nyani negaraku guna sign language. mama dah bole praktikkan kt rumah... aidil pun tgh belajar guna sign language sbb aidil dh dpt kawan ramai kat sekolah mama. kadang lucu gak tgk aidil penat nk layan mereka. mula2 aidil takut sgt sampai cakap mama kenapa mereka tak boleh cakap. mama " mereka tak boleh ckp sbb bisu" aidik "tapi mereka ada mulutkan tak bolecakap jugak ker". mula2 aidil tak faham. tapi lama2 aidil dh mula faham. aidil seronok main dgn sheryn, fahmi, dharmaraj. mama pun dah mula seronok mengajar mereka. sbb dgn mereka mama jadi bersemangat semula. mereka ada desire untuk mengetahui semua benda.

ok skrg cier pasal keadaan sekarang. dulu masa kt KL kita tak dapat nk bermain kt luar sangat walaupun selalu keluar tapi mcm dh kesuntukkan masa. kat sini time balik sekolah mama n aidil akan pusing2 kt taman tasik dan jalan2 sampai ke kemunting. kadang aidil selalu pergi pejabat bapak sampai tertido. bapak pun selalu jugak hantar mama, aidil, angah n adik gi sekolah sama2. bila bapak baik petang jer terus kita main badminton kt luar rumah ni, kadang main bola sama2. seronok jugak kan. kalau rasa boring jer kita gi jalan mandi air terjun kt burmese pool.

time malam pulak selalu tido awal sebab kat sini sunyi sikit. dah tak tau nk buat apa time malam so tido jer lah kan.. awal jugak tu... kalau kat KL mesti tido lewatkan. lepas tu kena bangun awal pagi.

cuma satu jer. mama suka dgn kawan2 kt SKTK tu.. sbb mesra sgt. rindu nk gelak2 sakan dgn kak ain,hafizah,kak saadiah,imah, kak nik, kak suzy, fadli,syidah, mama suka usik lalitha, s.ros, leha, kadang suka usik kak linda,c.haz n other tp tak termasuk yg sorang tu yer malas nk tgk pun hehhee... tapi tak bole lupa kawan mama selaku bakal besan mama hehehe sazzy... mesti dia tgh happy main dgn baby boy baru dia...

kat sini mama masih dlm proses kenal diri cikgu sekolah tu lg.. tak berapa nk rapat lg n tak berapa nk mesra lg. mungkin sebab terlalu banyak kerja n kertas kerja kena buat masing2 pulak tu... tp kena control gak sbb bilik guru tu panas belakang bilik guru besar jer.. bahaya.. hehehehe... dear sazzy aku tak da bestfren lg kt sini huhuhuhu...

rindu pulak dgn kawan2 masa kpli dulu... setakat ni tak jumpa lg kawan2 kpli... harap2 nanti dpt jumpa la salah sorang.

oklah ras cukup dulu kot... nanti mama posted lg... mama tgh pening nk siapkan skrip mc utk hari sukan sabtu nih.