Thursday, January 26, 2012

7 days without rice...

                 wooohhhooo can't believe it... 7 days without rice.... perggghhh... itu makanan harian mama
kena ikut advice doktor... kena buang terus nasi... 
untuk pesakit pcos...doktor nasihatkan kurangkan berat n kena disiplin
antara makanan yg kena elakkan :
  • roti putih kena ganti roti gandum
  • nasi n mana2 makanan berkolestrol tinggi
  • ayam 
  • junk-food
  • air gas
antara makanan yg dinasihatkan boleh makan :
  • sayur-sayuran
  • buah-buahan
  • makanan berprotein
  • kena banyak minum air putih
doktor pesan kena bnyk exercise.... jalan berlari just jalan2 sebab mama kena kecilkan peha nih huhuhhu... kalau berlari lagi besar pulak peha nih... n kena belajar menri ballet la pulak dah.... n exercise guna hullahop.. haduiiii.... mmg dgr mcm kelakar tp kkalau nk terus hidup so kena lah ikut....

by the way doktor bg mama tempoh hingga 13 march 2012 untuk turunkan berat badan hingga kurang dari 60kg... mmg kena disiplin nih.... 

then mama kena buat semua ujian darah n scan ..manalah tau tiba2 ada sel2 kanser pulak dah....kan pcos ni sbnrnya bahaya kalau tak dicegah...mmg tiada ubat utk hilangkan..even dgn operation...still ada pcos...sbb mama dah pernah operation last 2 years then still ada... so... faham2 saja la..kalau mama nk hidup lama nk tgk my boys masuk university so mama kena jaga kesihatan mama start from now...

mama pun dah fikir masak2..kalau sampai tahun ni still tak da harapan my boys nk dpt adik..mama kena give up n teruskan hidup... at least mama dh ada boys nih...

Tuesday, January 24, 2012

my first car crash

yesterday (19th January 2012) i had my first car crash....
  • macamana nk explain yer...time tu on the way ke sekolah mama drive mcm biasa... cuma dlm kepala tgh fikir mcm2 perkara...
  • mama terfikir nk g stesen minyak sebelah kiri...mama tgk lampu hijau... then mama turn dari beratur kt kanan tgk kiri...jalan clear then mama pulas stereng g masuk lorong kiri....
  • entah macamana tiba2 meluru 1 keta avanza dari kanan meluru terus...(kt tpg ni bnyk sgt simpang 4 yg tak guna traffic light)... mama pulas stereng ke kiri supaya nk elak tp mama pulak terkejut ada pokok besar kt situ then this fellow pun 1 trus lajak langgar mama.... keta dia mmg kemek ..but he's claimed that his car can't move but when i'm asked to parked aside..he did.. (so how can unmoved car can be moved) hmmm think yourself k...
  • so in my head on that moment whom i want to call too..... masa tu mama tak da hp... (kalau call bapak pun confirm tak angkat punya.. tgh pt doooo)...
  • paling mama worried...yang dalam perut mama ni..... mama jadi panic tp terus terdiam.... entah la mcm kena rasuk kot...
  • mama bawak this fellow ke balai...there..semua statement dia yg buat... mama tak dapat cakap apa2 dah...sebb sampai kt balai tiba2 mama rasa something weird... macam ada darah panas yg keluar... mama pegang kain mmg ada terasa basah sedikit...
  • dalam kepala Allah saja Yg Mengetahui... mama biar he do all the talk...time tu mama redha kalau mama salah mama bayar guna insuran...mama tak risau yg bapak akan marah... sbb mama kenal bapak tak akan meluru n marah mama depan org...
  • thanks a million bucks to kpl (tak hingat nama,sorry)... dia pinjamkan hp pada mama utk call sekolah n bapak... 
  • finally bapak arrived ...bapak senyum jer n mama tahu bapak tak cepat gelabah ... syukur dpt suami mcm bapak..sampai hari ni pun bapak tak marah2 mama....
  • sjn aris sudah siasat semuanya n didapati mama tidak bersalah..syukur Alhamdulillah... that fellow kena saman sbb tidak memberi laluan... by the way dia dah kerap accident setiap thn br cina...dah 3 kali pun..... 
  • but he's seems unsatisfied... dia tetap tuduh mama salah... tp mama diamkan saja..n mama terima jer la ... lantak apa dia nk cakap sbb mama dh mula risau ttg hal yg dalam perut.... nanti mama saman pulak kalau jd apa2 baru terduduk...mama tak mintak pun dia ganti 1 sen pun duit keta nih.... even report pun mama yg bayarkan... tu atas diri mama sendiri la...
  • then mama balik ke sekolah... tak sangka gb prihatin n  nk dgr jgk cerita mama..biasa nyer dia buat tak reti..
  • kt  sekolah mama dh rasa tak sedap hati... mcm laju jer darah keluar dan mula rasa panas.... tp mama yakin tak berapa bnyk.. mama pun g toilet...then..btul la ada keluar darah...
  • mujur kt sklh kejup saja... so lepas balik mama terus rest kt rumah..nk tunggu bapak balik kerja n hantar mama g hosp. tp perut mama rasa cramp n sakit sangat.... sebab lmbt mama tpaksa g klinik saja..
  • esok pagi2 mama dah g klinik lg sbb nk scan pulak... time scan tu doktor cakap mama pregnant n maybe gugur.... mama terus terdiam...nk gembira ke sbb tahu mama pregnant atau nk menangis ker sebab tahu dah gugur....Allah saja Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati mama time tu..
  • bila pergi hosp... doktor cakap mmg dah jatuh n mama pengidap pcos.... sedih kan kalau ada pcos bermakna chances utk pregnant mmg tipis n kalau ada pun mudah utk gugur.... nasihat doktor mmg mama kena ikut n kena displin..
  • bapak antara org yg plg kuat bg semangat... bapak jadi org yg tpenting pantau kesihatan mama... skrg ni bapak akan temankan mama berjalan kt taman tasik setiap hari sabtu n ahad.
  • mama terharu dgn kata2 bapak " tak apa tak ada anak lagi yang penting awak sihat." .... harap2 bapak berpegang la pada kata2 dia ni...
  • start dari hari itu..mama dh rasa mula kurang nk bercakap apa2.... mama lebih bnyk nk berdiam... sedih n terkejut.... mama masih berharap n berdoa pada Allah....

Fakta mengenai PCOS.....


´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POCS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.
PUNCA PENYAKIT POC
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Penyakit PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS.
TUJUAN RAWATAN
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ANTARA RAWATAN PCO
1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.
2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:
a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.
3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POCS akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Friday, January 13, 2012

my passion...

mama nk mula memasak semula la...
last time tak sempat n tak sihat..
kali ni mama teringin nk masak makanan barat jer
semua ni gara2 tgk masterchef hehehe
hmm mama pun terfikir nk ambik gmbr n upload..
segala pasta dh reti buat
teringin nk buat raviolli pulak
entah la skrg selera mama dh tukar nih
tp tak sangka la last week mama masak kewtiow goreng
ala my style nih (main campak je apa yg patut)
bapak cakap sedappp...boys pun makan habis..
huuhhh gifted jugak mama ni yer
hehehe puji diri sendiri ler... :P
esok mama buat mee goreng for b/fast k.. 
hish can't wait for tomorrow
then mama will make some fresh yogurt for my boys
on sunday..mama will make some chocolate ...
so mama nk tidoo yer... 

terkejuttttt mama...

  • sejak mula psekolahan ni...jadual mama jadi packed sesangat... dah mcm bukan warga pendidik jer... haduiiiyaiii... pagi kena berperang dulu kejutkan my boys nih... kemudian bsilat nk siapkan uniform mereka... (*segak my boys pakai uniform sekolah :).....)..

  • lepas tu kadang2 drift hantar my boys g sekolah masing2... haduiii adik kenapa la tadika jauh sangat nih..hehehe... hmmm adik mmg sayang sgt dgn cikgu nurul dia...tak mau g tadika lain dah ... tp sebab utama ialah skrg ni mama kerap balik lewat... kaalu adik g tadika biasa mesti mama tak dpt ambik adik on-time.. nanti adik tunggu lama pulak... 

  • kt sekolah mama lagi ler... skrg ni suka sgt bagi serangan jantung.... sikit2 kata peg ppd turun la... peg jpn dtg la... bpk la itu la ini la... tak pun skrg ni gb pun dh rajin round tiap2 kelas..pulak tu time mama setiap hari masa pertama n masa akhir...

  • lg 1...pasal kod pakaian..actually mama mmg tahu wajib pakai kasut bertutup depan n belakang...tp mama ni mana reti dok diam.. bjalan la dh tawaf sklh tu entah berapa kali... siap bole dpt asma la sbb kerap bjalan sgt.... (* ada sethn lg nk pegang b/hari pibg ni..lepas tu aku BEBAS...) so mama tak selesa la pakai kasut btutup ni..ikut hati pakai but baru tau hehehe... tutup jugak..tutup semua lak tu hehehe... sudahnya mama stand-by kasut tu kt meja mama... time masuk kelas je pakai..time g kantin ker nk jalan ker..mama pakai la sandal tu ..tau tak disebabkan kelamkabut tambah tkejut ingatkan pegawai nk pantau sklh ni... tapak kaki mama tbelah sikit..haduiii mmg derita... kena air mmg meleleh airmata... nk ambik wudhu pun kena slow n steady...
  • sejak sebulan ni mama dh kerap sakit kepala la n skrg ni muntah tk kira tmpt dah..mula2 tu bole tahan..bole control lg.. tp skrg ni... tak dapat dah...haduiii tak tahan sungguh..mungkin angin kot....

  • pagi tadi masa mengajar,tiba2 kepala mama pusing badan rasa melayang..so mama decide mengajar sambil duduk dulu... biasala bila masuk tahun 1 pengukuhan nih... murid kena bersedia dulu sblm bole mengajar... ada yg nk g tandas la..nk tido dulu la...haduiii... elok pulak time tu mama nk siapkan buku kedatangan ... entah bila masa gb masuk kelas tak tahu la... time tu ppm pun tak da.. mujur murid sorang ni g tandas dgn ppm, yg sorang baru masuk, sorang tido n sorang tgh menulis....harap2 gb tak marah..sbb pelajar istimewa la katakan kihkihkih... tp yg penting nyer sini...punah harapan mama nk g klinik pagi tadi...:(...... ingat nk g ambik ubat pening n muntah tu... dah gb pantau pulak...tak jadi ler...  

  • hari ni balik lmbt lg sebab mama siapkan bbm utk english... hmm nanti la mama siapkan semua baru mama upload dlm blog ni.... jenuh la jugak nk cari sign language lg.. gmbr lg.... nk decorate cantik2 lagi... bnyk la jgk kerja nyer.... tak pa semua sbb murid istimewa ni...
my boys... kena ingat kalau kita kerja tak kira apa pun pekerjaan kita (yg halal) mesti buat dgn seikhlas hati... jgn campur aduk masalah harian dalam kerja... mmg btul kerja mendidik ni plg mulia... kalau ada anak mama yg jadi cikgu nanti...jadila cikgu yg btul2 berilmu n ikhlas... 


jangan jadi sengal mcm lelaki nih...

mama nk citer pasal mama bengang satu mamat nih... alaaa dkt area tepeng ni ler...
petang tadi dalam tgh2 letih sesangat..bapak mintak hantarkan dia ke kem.
.(*bapak mmg tak bg mama rest petang2) :(
lepas hantar kena g bank la ,,kemudian g isi minyak keta..untuk jadi bapak kan??
org lain yg berisi org lain yg pening tak larat kan :P
so dijadikan la cerita nih...
masa masuk ke stesen minyak ni.. mama n ada satu abg keta perdana ni beratur la
kat blkg keta satria nih... dalam keta tu ada 3 org dewasa... 
di drebar nih sudah jalan nk tunai "hajat" kot... lama la jugak
bila minyak dah penuh..mama tgk tak da sorang pun yg nk keluar dri keta tu
tlg la keluar sorang..tlg tutup balik tangki minyak keta tu ker
n tolong alih la keta tu sbb bnyk lg keta yg beratur pjg nih...
tp depa buat kering jer...
abg depan mama ni bengang ... mama dapat can lari g tangki lain... 
abg ni pun ikut skali... 
sampaikan mama dh tgh mengisi minyak drebar yg dh selesai ni.. buat2 pulak slow action nyer
dah tau org tgh tunggu tu.. buat2 keringggg jer
sibuk nk tgk keta depan belakang la
haduiiiyaaaiiii...
betul2 tak da self concern laaaa...poyoosssss...

moral of the story .... don't be to selfish... sometimes kena concern org sekeliling....
mama cukup bengang kalau nk cari parking kt tmpt ramai sgt org... 
ada yg nk keluar tp buat2 la lmbt nk reverse keta tu... nk tgk cermin la,,nk minum dulu la
nk tgk lipstik la..betul rambut la...haduiii kesian kt org yg menunggu
mama respect kt foreigner..masa kt putrajaya ada foreigner tu siap lambai tgn n
 suruh ikut dia g tmpt dia parking... then cepat2 dia reverse keta nk bagi kita parked..
baguskan self concern mereka...
harap2 anak2 mama ni jadi org yg tak pentingkan diri sendiri...
jangan busuk hati dgn org lain....